14/06/2008 2:13pm
KUALA TERENGGANU 14 Jun – Kerajaan tidak akan meminjam wang dari Dana Kewangan
Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia untuk menampung projek mega di koridor-koridor
pembangunan yang diwujudkan di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, kerajaan tidak pernah
dan tidak akan berbuat demikian kerana masih mampu melaksanakan pembangunan
koridor-koridor berkenaan walaupun ada pihak beranggapan negara sedang berhadapan
masalah kerana mengurangkan subsidi minyak.
“Contohnya, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) telah berjaya menarik pelaburan
setakat ini bernilai RM18 bilion termasuk dari Asia Barat yang berminat untuk melabur dalam
bidang pertanian,’’ kata beliau.
Abdullah berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pembangunan ECER serta
melancarkan Pusat Kecemerlangan ECER di sini hari ini. – Utusan