Majlis ECER dilancar Sabtu ini

KUALA LUMPUR 11 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
akan melancarkan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomu Pantai Timur (ECER
pada 14 Jun ini.
Sekretariat ECER dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, pada pelancaran
majlis pembangunan itu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), sebuah pusat
sehenti akan ditubuhkan bagi memastikan pelaksanaan dan projek-projek
pembangunan yang dikenal pasti dalam pelan induk ECER berjalan lancar.
Sekretariat ECER berkata, beberapa insentif menarik akan diperkenalkan bagi
meningkatkan penglibatan para pelabur tempatan dan asing.
Insentif-insentif tersebut dijangka bergantung kepada lokasi dengan menumpu
kepada pembangunan kelompok industri tersendiri dalam ECER untuk
meningkatkan produktiviti dan membantu syarikat bersaing.