10/13/2010 — Sinar Harian
Oilfelds Supply Center Ltd (OSC) dan Tanjong Agas Supply Base and Marine Services Sdri Bhd (TASBMS) menandatangani perjanjian usaha sama untuk membina, memiiki, mengurus dan mengendalikan Pangkalan Bekalan Pengguna Bersama Pelbagai Guna di Taman Industri Minyak & Gas dan Logistik Tanjong Agas yang terletak di Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), di sini semalam.
Kedua-dua syarikat itu memberi komitmen untuk melabur sebanyak RM620 juta pada peringkat permulaan bagi membangunkan pangkalan bekalan itu dan projek itu bakal dilaksanakan secara bersama melalui sebuah syarikat usaha sama yang baru iaitu Tanjong Agas Oilfields Centre Sdn Bhd.
Pengarah Urusan TASBMS, Mohd Faidzal Ahmad Mahidin berkata, pangkalan bekalan itu akan dibangunkan di kawasan seluas 100 hektar yang terletak di pinggir laut sepanjang 1.5 kilometer dengan kedalaman 20 meter.
Menurutnya, pangkalan itu apabila siap kelak mampu menyediakan rangkaian perkhidmatan dan kemudahan sokongan yang menyeluruh untuk syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa yang terlibat dalain operasi penerokaan, eksploitasi dan pengeluaran minyak dan gas luar pesisir di perairan Malaysia serta perairan di sekitar Laut China Selatan dan di luar kawasan tersebut.
“TASBMS amat yakin bahawa kerjasama yang terjalin antara kedua-dua syarikat itu nanti terutamanya dengan pakar dan Timur Tengah bakal mewujudkan impak yang besar kepada industri minyak dan gas di negara mi serta merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan terutamanya di Pekan, Pahang:’ katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis menandatangani perjanjian bersama antara kedua-dua syarikat itu, di sini semalam.
TASBMS diwakili Pengerusinya, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, menakala OSC pula diwakii Pengurus Besar Perhubungan Korporatnya, Iqbal Mohammed Abduilah Abedin.
Majlis itu juga turut disaksikan sendiri Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah serta Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Jebasingam Issace John.
Upacara pecah tanah bagi pangkalan bekalan itu dijadualkan berlangsung pada November depan dan dijangka siap untuk beroperasi pada 2013.
Sementara itu, Datuk Jebasingam Issace John berkata, pangkalan bekalan itu akan menjadi komponan utama di Taman Industri Minyak & Gas dan Logistik Tanjong Agas dan ia diramal akan mewujudkan kira-kira 2,000 peluang pekerjaan dan keusahawanan untuk pen duduk tempatan.
Menurutnya, ECERDC mengalu-alukan pelaburan kedua-dua syarikat ke taman itu dan OSC merupakan pelabur pertama dari Timur Tengah yang bertapak di ECER susulan daripada misi ECERDC ke rantau itu pada Mei lalu.
“Buat masa ini, beberapa pelabur berpotensi dan Timur Tengah telah menunjukkan minat untuk melabur di ECER dan ECERDC optimistic bahawa lebih ramai lagi pelabur akan dating ke wilayah ini tidak lama lagi,” katanya.
Beliau berkata, ECER kini bersedia untuk mengalu-alukan kedatangan pelabur dan dalam dan luar negara kerana kebanyakan infrastruk asas di ECER kini sudah pun siap serta menawarkan pakej insentif fiscal dan bukan fiscal yang kompetitif
“Insentif-insentif itu termasuklah antara lain pengecualian cukai Sebanyak 100 peratus sehingga 10 tahun bermula dan syarikat menjana pendapatan berkanun, elaun cukai pelaburan sebanyak 100 peratus terhadap pendapatan yang layak dalam tempoh lima tahun serta harga tanah yang kompetitif,” katanya.