Pendaftaran Projek ECER Dibuka

KUALA LUMPUR, 17 Feb — Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)
mempelawa perunding dan pakar industri yang berkelayakan untuk mendaftarkan minat
mereka bagi menjalankankan kajian kemungkinan dalam beberapa bidang ekonomi.
Kepakaran diperlukan bagi bidang perniagaan kewangan, terutamanya dalam analisis
pasaran, daya maju perniagaan, kebolehlaksanaan kewangan, struktur pelaburan,
kewangan korporat dan struktur pengurusan.
Majlis itu dalam satu kenyataan hari ini berkata projek tersebut mencari pakar dalam
sektor pelancongan, pembuatan, pengangkutan, pertanian, alam sekitar dan prasarana.
Pakar kajian sosio ekonomi dalam bidang kemiskinan, komuniti perniagaan dan
perindustrian Bumiputera, serta pembangunan PKS juga digalakkan memohon.
Borang pendaftaran dan dokumen prasyarat boleh diperoleh sama ada menerusi muat
turun daripada laman web ECER di www.ecerdc.com/prequaliforms; faks di talian 03-
2231 0020 atau dengan menghantar emel kepada prequal@ecerdc.com.
— Utusan Online