TLT Dynamic Sdn Bhd, pengeluar utama cendawan di Terengganu mensasarkan untuk meningkatkan
pengeluaran cendawannya kepada 300 kilogram sehari apabila tiga ladang tambahannya siap
dibangunkan sepenuhnya.
Ia akan dilaksanakan menerusi inisiatif pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dalam
usaha mempromosikan sektor tanaman industri, menurut kenyataan dikeluarkan Sekretariat ECER di
Kuala Lumpur semalam.
Pengerusi Eksekutifnya, Sufian Mohd Said, berkata ketika ini, TLT Dynamic mengeluarkan hampir
100 kilogram cendawan tiram sehari dan ia mampu meningkat sehingga tiga kali ganda apabila tiga
ladang tambahannya dibangunkan sepenuhnya tidak lama lagi.