SYARIKAT Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 10,000 unit rumah kos rendah dan
sederhana rendah menjelang 2010 bagi memenuhi keperluan perumahan di Wilayah Ekonomi Pantai
Timur (ECER).
SPNB, syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) ditubuhkan untuk
menyediakan rumah berkualiti mampu dimiliki rakyat Malaysia.
Pengarah Urusan SPNB, Datuk Mohd Amin Mohd SaIIeh berkata, SPNB akan membina lebih banyak
rumah mampu dimiliki bagi memenuhi keperluan kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana di
bawah skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan Rumah Mampu Milik (RMM).
“Seiring dengan objektif perumahan negara, SPNB akan menyediakan rumah berkualiti dan mampu
dimiliki rakyat Malaysia terutamanya kepada rnereka berpendapatan rendah.
“SPNB merancang untuk membina 9,638 unit rumah di ECER di bawah skim RMM bagi tempoh lima
tahun akan datang,” katanya.
Pemohon dengan pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan Iayak untuk memohon bagi skim
RMR, sementara pemohon bagi skim RMM, rumah kos rendah dan sederhana mampu milik, adalah
berdasarkan garis panduan yang ditetapkan kerajaan.
Mohd Amin berkata, pihaknya yakin skim RMM dan RMR dapat memperbaiki kualiti hidup masyarakat
di Pantai Timur serta meningkatkan peluang pekerjaan.
“Di samping itu juga panel bank pembiayaan turut menyediakan pakej pinjaman yang menarik
menerusi Skim Jaminan Pinjaman dengan harga yang berpatutan.
Beliau turut memberitahu, sebanyak 3,335 unit rumah di Pahang, 3,000 di Terengganu dan 3,303 di
Kelantan akan dibina.
“Kerja-kerja pembinaan 2,349 buah rumah RMM di Pahang dan Kelantan telah dimulakan manakala
beberapa tapak yang berpotensi telah dikenal pasti di Terengganu.
“SPNB telah menyerahkan 1,846 unit rumah RMR dan sedang dalam proses menyiapkan 848 unit
rumah lagi di Pantai Timur. Kelantan mencatatkan jumlah rumah RMR tertinggi laitu 797 unit
sementara 400 unit lagi sedang dalam pembinaan,” katanya.