PM umum insentif bangunkan ECER

KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
mengumumkan pakej khusus untuk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi menjana
dan memangkin aktiviti ekonomi serta pelaburan lebih rancak di kawasan itu.
Beliau berkata pakej yang berkuatkuasa serta merta itu adalah pakej insentif menyeluruh
merangkumi kelompok industri utama seperti sektor pelancongan, pembuatan, petrokimia,
pertanian dan pendidikan.
Antara lain, syarikat dalam sektor pelancongan diberi pengecualian cukai selama 10 tahun
dan pengecualian duti setem ke atas tapak pembangunan, manakala syarikat yang melabur
dalam projek petrokimia mendapat pengecualian cukai pendapatan selama 10 tahun dari
tahun ia memperolehi keuntungan, kata beliau ketika merasmikan Majlis Pembangunan
ECER hari ini.