Aktiviti pertanian di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) akan menerima suntikan menerusi
program strategik yang bakal dilaksanakan bagi meningkatkan sektor berkenaan.
Ketua Eksekutif Majlis Pembangunan ECER, Datuk Jebasingam Issace John, berkata pertanian
yang membentuk satu daripada enam kluster ekonomi utama di wilayah itu, dijangka
berkembang dalam tempoh 12 tahun akan datang.
Katanya, strategi untuk membangunkan pengekalan makanan ECER seperti yang terkandung
dalam pelan induk akan memacu pertumbuhan dengan cara yang berdaya maju dan adil.
“Rancangan ECER melaksanakan pelan menyeimbangkan dagangan (BOT) dalam pengeluaran
makanan, apabila program dengan impak tinggi mampu meningkatkan pendapatan,” katanya
dalam kenyataan dikeluarkan Sekretariat ECER.