KUALA LUMPUR 29 Julai – Sebuah pusat penyelidikan dan teknologi kambing
bernilai RM10 juta dirancang dibina di Serating, Marang, menerusi inisiatif
perladangan ternakan Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Pusat penyelidikan itu, Taman Teknologi Kaprima Bestari, akan dibangunkan di
kawasan 10 hektar dalam kawasan Taman Pengeluaran Makanan Kekal, kata
Sekretariat ECER dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Langkah itu bertujuan mencapai sara diri bekalan daging kambing memandangkan
negara memerlukan 10 juta kambing setahun.
Malaysia kini mengimport kambing, kebanyakannya dari Australia.
Taman teknologi kambing, yang akan dibangunkan dan diurus oleh Jabatan
Perkhidmatan Veterinar Terengganu (JPHT), akan mengumpul maklumat dan
menjalankan penyelidikan mengenai pembiakan kambing selain memodenkan
industri penternakan kambing negara, dengan ECER sebagai hab utama, katanya.
“Taman Teknologi itu disasarkan menjadi pusat penyelidikan dan maklumat untuk
penternak kambing, terutama di Asia,” kata Pengarah JPHT Dr Azizol Mohd Sharun.
“Kami akan memperkenalkan teknologi dan teknik terbaru dari luar negara.
Teknologi baru itu akan membantu penternak meminimumkan kos pengeluaran
selain mendapat pulangan yang lebih baik.
Sementara itu, para penternak dan mereka yang berminat terhadap industri
berkenaan, boleh mengikuti kurus penternakan kambing, katanya.
“Kami menjangkakan taman kambing itu akan menawarkan prospek ekonomi yang
lebih baik dan peluang pekerjaan kepada usahawan dan graduan tempatan dalam
bidang kajian yang berkaitan.” Taman teknologi kambing itu akan dilengkapi rumah
ladang, pusat penyembelihan mini, kilang pemprosesan baja, restoran, dewan
pameran pengeluaran, masjid, dan asrama pekerja.
Selain aktiviti penyelidikan dan penternakan kambing, taman itu juga bersedia
menerima pelancong serta mesra kanak-kanak, di mana mereka membolehkan
memegang dan memberi kambing makan.
Terengganu menyasarkan lebih 3.5 juta pelancong ke negeri itu tahun ini.Kebanyakan destinasi pelancongannya disasar untuk pencinta alam semula jadi dan
taman kambing ini dijangka turut mendapat perhatian pelancong.
Penggunaan perkapita negara bagi daging kambing meningkat daripada 0.67kg
pada 2006 kepada 0.74kg pada 2007.
Malaysia secara tradisinya merupakan pasaran eksport terbesar Australia,
mengimport kira-kira 15,000 tan daging kambing dan 50,000 ekor kambing.
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), ECER disasar menambah aktiviti
penternakan kambing sebanyak tujuh peratus dalam tempoh lima tahun bagi
memenuhi permintaan tempatan dan antarabangsa yang semakin meningkat.
Ia akan memberi tumpuan terhadap kambing yang menghasilkan daging yang tinggi
bagi menggantikan ternakan tempatan.
Bagi mencapai matlamat 35 peratus sara diri dalam pengeluaran kambing
menjelang 2015, ia memerlukan 18,000 ekor kambing tambahan.
Sasarannya ialah ECER menghasilkan 2,020 tan metrik pada 2020, katanya.
Penternakan kambing di Malaysia melibatkan 75 peratus penternakan tradisional
manakala 15 peratus diusahakan separuh komersial dan 10 peratus lagi
membabitkan ladang komesial.