GOLONGAN petani tanaman kenaf di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) berpeluang
menggandakan pendapatan mereka kepada kira-kira RM1,500 sebulan berbanding RM750
sebelum ini berikutan pelancaran pusat mengumpul, memproses, membungkus dan menge
dar (CPPC) Kenaf di Bachok, Kelantan semalam.
Kenaf sejenis tumbuhan yang batangnya mampu menghasilkan dna jenis serat iaitu serat
kasar di bahagian luar dan halus di bahagian dalam.
Pokoknya yang boleh tumbuh setinggi 1.5 hingga 3.5 meter itu sudah mendapat tempat dan
pasaran di India, Bangladesh, Thailand, sebahagian Afrika dan Tenggara Eropah.
Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Pembangunan ECER, Datuk Jebasingam Issace John,
berkata pusat itu dibangunkan bersama Symphony Advance Sdn Bhd (SASB) dan Samsung
Cheil Industries Incorporated, Korea Selatan yang bertujuan membangungkan dan
memasarkan komposit polimer kenaf.
Beliau berkata, pelancaran pusat berkenaan pen ting bagi meningkatkan peranan ECER ke
arah mem basmi kemiskinan.
“SASB adalah pelabur sah ECER bagi membangun dan memperluas industri kenaf tèmpatan
menerusi Perjanjian Pemegangan bersama Majlis Amanah Rakyat (Mara).
“Kenaf bukan tanaman berintensifkan pekerja dan petani boleh menambah pendapatan
mereka dengan menyertai aktiviti bersepadu seperti menanam jagung, menternak ikan serta
haiwan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur semalam.
Majlis pelancaran pusat itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Sei Abdullab Ahmad
Badawi. Hadir sama Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah
Kui dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaacob.
Katanya, pelancaran pusat itu dijangka mewujudkan kira-kira 400 pekerjaan baru, termasuk
perladangan kontrak, peluang keusahawanan, pengurusan pusat pemproses kenaf berskala
kecil serta sistem fidlot.
“Berdasrkan kitaran matangnya yang pendek iaitu 100 han, petani boleh menuai tanaman itu
beberapa kali setahun selain membantu syarikat ECER meningkatkan rangkaian nilai,
meneroka usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta meningkatkan daya saing
eksport Malay sia,” katanya.Kenaf diperkenakan sebagai pertanian ladang di ECER berdasarkan potensinya yang besar.
Tanaman itu boleh diproses menjadi kertas, pakaian, bahan binaan, aksesori kereta dan
biokomposit.
Di ECER, 10,000 hektar kawasan Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan dan Setiu serta
Marang di Terengganu akan ditanami Kenaf bagi meningkatkan pendapatan 10,000 petani
tembakau selain mewujudkan pekerjaan baru.