11/2/2010 — Berita Harian
Majils Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yakin menerima kemasukan pelaburan bernilai RM30 bilion menjelang 2015, kata Ketua Eksekutifnya, Datuk Jebasingam Issace John.
“Kami berhasrat menarik pelaburan bernilai RM5 bilion setahun daripada pelabur asing dan juga tempatan dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Jebasingam berkata, ECERDC turut berhasrat mendekati lebih banyak pelabur China menerusi penyertaannya pada Forum Ekonomi China Sedunia Kedua yang akan diadakan di Kuala Lumpur mulai hari hingga Rabu.