Fokus kemenjadian pelajar
TUMPAT – Program Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bukan sahaja memfokuskan kecemerlangan akademik tetapi aspek kemenjadian pelajar.
Ketua Penolong Pengarah Bahasa Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Mohd Hassany Hashim berkata, aspek kemenjadian pelajar itu dapat dilihat apabila berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang melalui program empower ECER.
Katanya, Empower ECER merupakan inisiatif serampang dua mata di bawah program pembangunan modal insan yang dilancarkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) pada tahun 2010.
“Program Latihan Akademik ini
menyasarkan pelajar berprestasi akademik lemah dan sederhana dari keluarga berpendapatan rendah yang akan menduduki peperiksaan awam utama dan mereka dibantu untuk cemerlang dalam akademik dan memperoleh keputusan cemerlang.
“Kerjasama pihak ECERDC dan kepakaran pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai penyelia perkhidmatan amat membantu para pelajar bagi persiapan menduduki peperiksan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan PT3 2018 serta membantu dalam kemenjadian para pelajar itu sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Apreriasi Kecemerlangan Akademik di ECER Tumpat.