STG Group Labur RM50 Juta Dalam Projek Peranginan Tasik Kenyir

6/27/2009 — BERNAMA
STG Group, pemaju projek Peranginan Gold Coast, akan melabur RM50 juta bagi membangunkan sebuah pusat peranginan percutian tasik di Kenyir, Terengganu.
Pembangunan oleh STG Group itu merupakan projeknya yang kedua di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Projeknya yang pertama ialah projek peranginan Gold Coast Kuantan bernilai RM10 juta yang menawarkan 99 suite pangsapuri, dengan pemandangan Laut China Selatan.
“Projek pembangunan Gold Coast Kenyir adalah unik. Projek itu mengandungi sebuah hotel membeli belah yang menyediakan kedai, rumah panjang dan banglo yang berhadapan Tasik Kenyir,” kata Pengerusi STG Datuk Dr Alex Tan dalam satu kenyataan Jumaat.
Projek Gold Coast Kenyir akan disiapkan pada Mac 2010. STG Group menyasarkan penyenaraian menjelang 2012.