BOT BERHIAS ECERDC PAPAR PROJEK UTAMA DI TERENGGANU

ECERDC ketengahkan projek pembangunan utama dan program pembangunan modal insan yang dilaksanakan di negeri Terengganu sempena sambutan jubli perak 25 tahun pemerintahan KDYMM Sultan Terengganu

KUALA TERENGGANU, 29 SEPTEMBER 2023: Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menyertai Pertandingan Bot Berhias sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan KDYMM Sultan Terengganu. Bertemakan “Memacu Pembangunan Mampan dan Lestari di ECER”, bot berhias ECERDC memaparkan replika Jambatan Angkat Kuala Terengganu yang kini menjadi mercu tanda ikonik dan lakaran binaan KTCC Promenade yang bakal menjadi tarikan pelancong ke Kuala Terenggganu.

Turut dipaparkan adalah projek-projek pembangunan seperti Taman Biopolimer Kerteh, Projek Sistem Solar Hibrid di Pulau Kapas dan Tanjung Buatan di Pantai Teluk Lipat di Dungun. Dekorasi bot juga mengetengahkan projek Perniagaan Tani IPR-INTAN bagi tanaman fertigasi cili yang bakal dilaksanakan di Setiu pada awal tahun depan. Simbolik bot hiasan kali ini menunjukkan komitmen dan dedikasi ECERDC dalam memacu pembangunan infrastruktur dan sosioekonomi yang holistik, mampan dan lestari.

Bot ECERDC juga diserikan dengan kehadiran tiga (3) orang usahawan yang telah berjaya dilahirkan melalui program pembangunan modal insan ECERDC seperti empower ECER dan entrepreneur ECER iaitu Siti Zaida binti Wahab, pengusaha pusat tuisyen, Kartini binti Ismail dan Nurul Adila binti Mat Zaffi pemilik butik solekan dan andaman di Terengga