SEBUAH pusat penyelidikan dan teknologi kambing bernilai RM10 juta dirancang
dibina di Serating, Marang, menerusi inisiatif perladangan ternakan Wilayah
Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu (JPVT), Dr Azizol Mohd
Sharun, berkata pusat penyelidikan itu yang dikenali Taman Teknologi Kaprima
Bestari akan dibangunkan di kawasan 10 hektar dalam Taman Pengeluaran
Makanan Kekal.
Katanya, langkah itu bertujuan mencapai sara diri bekalan daging kambing berikutan
negara memerlukan 10 juta kambing setahun kerana Malaysia kini mengimport
kambing, kebanyakannya dari Australia.
Taman teknologi kambing yang akan dibangunkan dan diurus JPVT akan
mengumpul maklumat dan menjalankan penyelidikan mengenai pembiakan kambing
selain memodenkan industri penternakan kambing negara dengan ECER sebagai
hab utama, katanya.
“Taman Teknologi itu disasarkan menjadi pusat penyelidikan dan maklumat untuk
penternak kambing terutama di Asia,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Menurutnya, pihaknya akan memperkenalkan teknologi dan teknik terbaru dari luar
negara bagi membantu penternak meminimumkan kos pengeluaran selain
mendapat pulangan lebih baik.
Sementara itu, penternak dan mereka yang berminat terhadap industri berkenaan
boleh mengikuti kurus pernternakan kambing, katanya