16/2
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) mempelawa perunding dan
pakar industri yang berkelayakan untuk mendaftarkan minat mereka bagi menjalankan
kajian kemungkinan dalam beberapa bidang ekonomi.
Kepakaran diperlukan bagi bidang perniagaan kewangan, terutama dalam analisis
pasaran, daya maju perniagaan, kebolehlaksanaan kewangan, struktur pelaburan,
kewangan korporat dan struktur pengurusan.
Majlis itu berkata projek terbabit mencari pakar dalam sector pelancongan, pembuatan,
pengangkutan, pertanian, alam sekitar dan prasarana.
Sementara itu, pakar kajian sosio ekonomi dalam bidang kemiskinan, komuniti
perniagaan dan perindustrian bumiputera, serta pembangunan perusahaan kecil dan
sederhana juga digalakkan memohon.
Borong pendaftaran dan dokumen prasyarat boleh diperoleh sama ada menerusi muat
turun daripada laman web ECER di www.ecerdc.com/prequaliforms; faksimile di 03-
23310020 atau dengan menghantar e-mel kepada prequel@ecerdc.com.
Permohonan borang perlu diserahkan sebelum Isnin ini manakala borang yang siap diisi
perlu dipulang dan diserahkan pada atau sebelum 25 Februari.
— Berita Harian