Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mempelawa usahawan bumiputera
yang berminat menyertai pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER),
menghadiri seminar dua hari di Primula Beach Resort, Terengganu, hari ini dan besok.
Seminar anjuran kementerian itu bertema Meneroka Keusahawan ECER menerusi
Pembangunan Ekonomi bertujuan mengubah minda mereka supaya menjadi usahawan
bumiputer labih berdaya saing dengan kemampuan merebut pelaung yang diwujudkan
syarikat berkaitan kerajaan, sector korporat dan kerajaan.
Seminar itu turut memberi peluang kepada peserta untuk menambah jaringan hubungan
perniagaan dengan usahawan berjaya selain dapat menimba pengetahuan dan
pengalaman dari pakar dalam pelbagai bidang.
— Berita Harian