KENAF BERPOTENSI BESAR JADI KOMODITI PENTING

9/27/2008 — Harian Metro
RAMAI yang tidak tahu atau mengenali kenaf walaupun tanaman itu sudah
diusahakan lebih 10 tahun di negara ini, terutama di pantai timur bagi
menggantikan tanaman tembakau dalam usaha kerajaan membendung tabiat
merokok di kalangan rakyat.
Kenaf atau nama saintifiknya Hibiscus Cannabinus adalah sejenis tanaman
jangka pendek berserat dan bukan berkayu yang berasal dari Afrika (barat
Sudan) dengan sejarahnya melebihi 4,000 tahun.
Tanaman ini tergolong dalam keluarga Hibiscus yang mempunyai persamaan
dengan tanaman kacang bendi dan kapas. Secara morfologinya, kenaf
mempunyai kaitan rapat dengan tanaman roselle (Hibiscus Sabdariffa).
Kenaf juga dikenali tanaman herba jangka pendek musim panas yang mampu
menghasilkan serat panjang (25-30 peratus) pada bahagian kulit luar batang
yang dinamakan ‘bast’ dan juga serat pendek yang lebih dikenali sebagai ‘core’
(70- 75peratus) dan bahagian dalam batang.
Ia mampu mencapai ketinggian lapan hingga lima meter dan biasanya dituai
dalam tempoh 120 hingga 150 tan selepas ditanam.
Hasil berat batang kering bagi kenaf adalah antara 15 hingga 20 tan metrik bagi
setiap hektar tanaman.
Kenaf juga boleh dituai dalam tempoh antara 45 hingga 60 tan untuk dijadikan
makanan ternakan memandangkan dalam usia itu, kandungan protin kasar
dalam daunnya melebihi 20 peratus.
Kebiasaannya, selepas 80 tan kadar protein dalam kenaf akan menurun
disebabkan penurunan kadar nisbah daun kepada batang dan juga
pembentukan serat dalam bahagian batang.
Pemilihan jenis kenaf bergantung kepada persekitaran dan agroiklim yang
berbeza iaitu dan segi pertumbuhan pokok, keperluan fotokala, bentuk daun,
bunga, biji benih dan liitan batang, manakala penyaringan jenis bergantung
kepada nisbah kulit luar bahagian dalam dan jumlah berat hasil sehektar.
Di Malaysia, antara jenis kenaf yang sesuai ditanam ialah V36, G4, KB6,
Tainung, Quiping dan Khon Kaen 60. Jenis V36 diusahakan secara meluas di
Malaysia kerana mempunyai ciri-ciri sesuai dengan iklim negara ini selain
mernpunyai serat bermutu tinggi.