Lembah sitrus dapat sokongan pelabur

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Rancangan membangunkan Lembah Sitrus pertama negara
di bawah pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) mendapat sokongan
daripada pelabur.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan sebagai mewakili Sekretariat ECER, sudah ada
syarikat tempatan dari Kelantan dan Terengganu berminat melabur di Lembah Sitrus.
Lembah Sitrus di Dungun, Terengganu dengan keluasan 1,414 hektar, diperuntukkan
untuk menanam limau madu atau nama saintifiknya “citrus suhuiensis”.
Menurut kenyataan itu, projek fasa dua dijangka bermula pada tahun depan dengan
pembersihan tanah dan penanaman.
Kini terdapat lapan syarikat mengusahakan tanaman di kawasan seluas 550 hektar dalam
fasa pertama, manakala fasa kedua melibatkan baki selebihnya tanah akan dimajukan di
bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Kerajaan negeri, meluluskan kira-kira 900 hektar tanah bagi fasa dua Lembah Sitrus,
yang akan diwartakan sebagai Taman Pengeluaran Makanan Tetap bagi penanaman buah