MAFC Tambah Pusat Pembungkusan

MALAYSIAN Agrifood Corporation Berhad (MAFC), subsidiari milik penuh
Khazanah Nasional Berhad dalam rangkaian bekalan makanan akan membina
dua lagi pusat penghasilan dan pembungkusan makanan bersepadu di Pahang.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azizi Meor Ngah, berkata kedua pusat berkenaan
di Lembah Bertam di Cameron Highlands dan Lanchang.
Menurutnya, pusat pemprosesan berkenaan antara 19 pusat pengumpulan,
pemprosesan, pembungkusan dan pusat pemasaran bersepadu di bawah
rancangan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur.
“Semua pusat pemprosesan makanan berkenaan akan menyediakan
perkhidmatan tambah nilai selepas penuaian bagi memungut, mengumpul,
memproses, mengasing, menggred, membungkus dan mengedar untuk
keselamatan, kualiti dan kemampanan makanan yang lebih baik,” katanya dalam
satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata dengan penubuhan pusat berkenan syarikat itu berhasrat
mengubah rangkaian pengurusan dan pengagihan bekalan makanan negara,
bagi mewujudkan nilai pada setiap tahap dalam rangkaian bekalan makanan.