TLT keluar 300kg cendawan

TLT Dynamic Sdn Bhd (TLT), pengeluar cendawan terbesar di Terengganu akan
meningkatkan pengeluaran tanaman itu kepada 300 kilogram sehari berbanding 100
kilogram sekarang.
Sasaran pengeluaran itu akan menjadi kenyataan apabila tiga ladang cendawan
baru siap untuk beroperasi tidak lama lagi sekali gus menjadikan Terengganu
sebagai pengeluar cendawan terbesar di negara ini.
Pengerusi Eksekutifnya, Sufian Mohd Said, berkata pihaknya memulakan
pengeluaran secara komersial tanaman itu Oktober lalu dan buat permulaan ia
mampu mengeluarkan hasil sebanyak 50 kilogram sehari.
Menurutnya, sehingga ini, TLT memperuntukkan kira-kira RM500,000 bagi
membangukan lima buah ladang yang boleh memuatkan 30,000 beg cendawan
yang boleh mengeluarkan hasil dalam tempoh lima bulan.