5/9/2009 — BERNAMA
Kerajaan negeri Pahang akan memperkenalkan Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja tahun depan, bagi membangunkan perdagangan tenunan sutera tradisional yang akan meningkatkan perdagangan kraftangan di Wilayah Ekonomi Pantai Timut (ECER).
Dengan kerjasama Kraftangan Malaysia, institut itu akan meneraju dan mengekalkan minat terhadap tenunan tangan sutera tradisional Pahang, yang dihasilkan dengan tangan menggunakan alat tenun, demikian menurut sekretariat ECER dalam satu kenyataan hari ini.
Institut yang terletak di Kampung Pulau Keladi, Pekan, dijangka menjadi satu tarikan pelancong, di mana pelawat boleh menyaksikan demonstrasi penenun berkemahiran dan mengalami sendiri seni tenunan sutera.
Produk “Tenun Pahang” dari Pekan kini menerima lambang diraja dan didatangkan dengan kualiti unik dan hasil tangan terbaik.
“Kami memberi tumpuan terhadap usaha membangunkan Tenun Pahang Diraja di Pekan, kerana ia merupakan satu daripada industri kraftangan yang dikenalpasti akan dibangunkan di seluruh negara,” kata Ketua pengarah Kraftangan Malaysia Datuk Abdullah Abdul Rahman.
Menurut Kraftangan Malaysia, bahagian pasaran Tenun Pahang Diraja berjumlah RM403,585 daripada RM73 juta pendapatan yang dijana daripada penjualan kain tradisional pada 2007.