10/24/2009 — Berita Harian
Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai universiti teknikal terulung di Pantai Timur terus mengorak langkah mencapai wawasan muncul sebagai universiti teknikal bertaraf dunia.
Bagi merealisasikan matlamat itu, UMP dengan jumlah lebih 5,000 pelajar memberi fokus kepada pembangunan di bidang industri kimia, petrokimia dan bioteknologi yang disifatkan sebagai antara langkah yang menjanjikan peluang yang luas.
Naib Canselor UMP Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim berkata falsafah pendidikan UMP berteraskan persaingan yang mana aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan memberi fokus kepada kemahiran melalui makmal kejuruteraan yang berskala ‘inhing factory’.
Beliau berkata universiti terus merencana masa depan seiring dengan pemilihannya sebagai pusat kecemerlangan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang mana satu daripada agenda utama pelaksanaannya adaiah dalam pembangunan sektor gas dan petrokimi.
Kekuatan graduan UMP berkait rapat dengan kekuatan UMP sendiri iaitu sebuah IPTA berfokus bidang keperluan industri semasa iaitu petrokimia bioteknologi pembuatan dan automotif.
Dengan wujudnya kampus tetap UMP di Kuala Pahang, Pekan yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2015, pihak universiti yakin graduan yang dilahirkan mampu memenuhi pasaran kerja dengan kepakaran dan kemahiran masing-masing di bidang kejuruteraan katanya.
2,000 pelajar dan staf dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik Elektronik sudah memulakan pengajian di kampus tetap itu sejak Julai lalu yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2015.
Dr Daing yang dilantik sebagai Naib Canselor UMP yang ketiga berkata semua penyelidik UMP sedia bersaing sama ada pada peringkat kebangsaan mahu pun antarabangsa berdasarkan kejayaan yang dicapai setiap tahun.
Antara kejayaannya ialah di Pameran Expo Teknologi Malaysia MTE 2009, 37th International Exhibition Inventions New Techniques and Product Geneva dan Pameran ITEX di Kuala Lumpur.
Beliau berkata sehingga kini 26 hasil penyelidikan sudah dipatenkan dan dijangka 15 kajian lagi akan dipatenkan menjelang akhir tahun ini.
Beliau berkata sebelum membangunkan Pusat Pengajian Bahasa Mandarin bersama Hebei Normal University China dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan China yang secara tidak langsung dapat memberikan nilai tambah kepada program pengajian sebagai persediaan melahirkan graduan pada peringkat antarabangsa.
UMP juga sedang berbincang dengan Northern Consortium United Kingdom, NCUK untuk menawarkan program persediaan kepada pelajar antarabangsa.
Pelajar yang tamat program persediaan dengan cemerlang berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di sebuah universiti di United Kingdom atau di Malaysia.
Sebagai universiti yang berteraskan bidang kejuruteraan dan teknologi UMP sedaya upaya memenuhi kehendak industri yang memerlukan ramai tenaga mahir khususnya dalam bidang.
Sementara itu Majlis Konvokesyen Komemoratif Universiti Malaysia Pahang pada 3 Oktober 2009 lalu menyaksikan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kejuruteraan Awam kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah AI Musta in Billah ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al Muadzam Shah.
Jasa dan sumbangan Sultan Pahang dalam memartabatkan pembangunan dan kemajuan negeri ini adalah satu pandangan yang jauh dan berwawasan. Ketokohan dan kepemimpinan yang diperlihatkan Sultan Pahang sebagai pemerintah sejak 35 tahun lalu membawa Pahang ke satu tahap yang amat membanggakan.
Bersempena penganugerahan itu juga UMP menerbitkan buku yang merakamkan detik perjalanan dan pengalaman baginda dalam bidang Kejuruteraan Awam di negeri ini.