ECERDC komited dalam memacu pembangunan yang mampan dan inklusif di Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Melalui inisiatif dan program yang dilaksanakan, rakyat telah mendapat manfaat daripada akses yang lebih baik kepada peluang ekonomi, pekerjaan serta ruang untuk meningkatkan tahap pendapatan.
Kami percaya pencapaian ini terhasil daripada dedikasi dan semangat Warga Kerja kami, yang berpaksikan nilai korporat ALIP: As One, Loyalty, Integrity and Professionalism.
Sekiranya anda memiliki semangat dan nilai yang sama, sertailah kami untuk bersama-sama meningkatkan kesejahteraan rakyat.
