Di ECERDC, Warga Kerja kami merupakan tunjang utama kepada kemajuan berterusan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Melalui peranan kami dalam memudah cara pembangunan di wilayah dan pertumbuhan berteraskan pelaburan, kami menyumbang kepada peningkatan taraf hidup, peluasan peluang ekonomi serta pembangunan inklusif di seluruh ECER.
Kami percaya pencapaian ini terhasil daripada dedikasi dan semangat Warga Kerja kami, yang berpaksikan nilai korporat ALIP: As One, Loyalty, Integrity and Professionalism.
Sekiranya anda mempunyai semangat dan nilai yang sama, sertailah kami untuk bersama-sama meningkatkan kesejahteraan rakyat. Permohonan boleh dikemukakan kepada recruitment@ecerdc.com.my.
