Pembangunan Modal Insan

Memperkasa Rakyat ke Arah Pembangunan Wilayah yang Inklusif

Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Memperkasa Rakyat ke Arah Pembangunan Wilayah yang Inklusif

Walaupun ECERDC memacu pelaburan dan pembangunan bagi mencapai sasaran makroekonomi di Wilayah ini, tumpuan utamanya tetap kepada kesejahteraan rakyat. Program seperti empower ECER (Akademik), empower ECER (Kemahiran dan Keusahawanan) serta entrepreneur ECER telah mengubah kehidupan individu dan komuniti dengan membuka peluang pekerjaan dan keusahawanan yang meningkatkan taraf sosioekonomi mereka. Sebagai contoh, program empower ECER (Akademik) menyokong pelajar kurang berkemampuan melalui kelas berstruktur dan aktiviti pengayaan yang dilaksanakan dengan kerjasama pemimpin tempatan, universiti dan pertubuhan bukan kerajaan. Antara rakan kerjasama ialah Dialog Group melalui Yayasan MyKasih yang membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk kecemerlangan pelajar.

Bagi mempertingkatkan lagi kualiti hidup komuniti setempat, ECERDC turut memberi tumpuan kepada pembangunan perniagaan kecil. Melalui program empower ECER dan entrepreneur ECER, usahawan mikro dan kecil dibimbing untuk memformalkan perniagaan mereka, diberikan khidmat nasihat serta rundingan, dan dipantau bagi memastikan kelestarian perniagaan. Program ini juga membantu usahawan mendapatkan pembiayaan untuk pengembangan, memperoleh pensijilan serta mengadaptasi pendigitalan, sekali gus membina asas kukuh untuk pertumbuhan perniagaan jangka panjang di Wilayah ini.

Sebanyak 94 peratus peserta berjaya mengekalkan pekerjaan sekurang-kurangnya selama enam bulan, sekali gus membuktikan keberkesanan program ini dalam menangani kekurangan tenaga kerja dan mengekalkan peluang pekerjaan di Wilayah ini.

Latihan Berjaya Diselesaikan
7,594 Peserta 100%
Penempatan Pekerjaan
7,119 Peserta 94%
Pengekalan Pekerjaan
6,687 Peserta 94%
Purata Gaji
RM2,150

Tahun Pelaksanaan: 2020 – 2024

empower-ecer

Membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik mereka dan memberi mereka peluang untuk mencapai masa depan yang lebih cerah.

Menyediakan latihan berorientasikan pasaran yang membolehkan peserta menyertai ekonomi yang lebih luas.

Memudah cara pertumbuhan perniagaan dan membantu usahawan berkembang menjadi Perusahaan Kecil dan Sederhana.