Integriti mencerminkan kejujuran dan keikhlasan yang merangkumi pembentukan jati diri untuk sentiasa berpegang kepada prinsip amanah, keterbukaan, ketelusan, kebenaran, kebolehpercayaan serta tidak mudah dipengaruhi oleh kepentingan peribadi atau kuasa.
Governans yang baik merujuk kepada sistem, proses kerja dan amalan yang digunakan untuk mengarah serta mengawal sesebuah organisasi. Ia melibatkan struktur dan proses membuat keputusan, akauntabiliti, kawalan serta tingkah laku kepimpinan tertinggi dalam organisasi.
Di ECERDC, integriti dan tadbir urus yang baik menjadi asas kepada pelaksanaan kawalan antirasuah. Sehubungan itu, ECERDC telah melaksanakan tujuh dasar antirasuah seperti berikut:
- Dasar Antirasuah
- Dasar Tiada Hadiah dan Hiburan
- Dasar Tiada Sumbangan
- Dasar Konflik Kepentingan
- Dasar Pemberi Maklumat
- Dasar Pengisytiharan Harta
- Dasar Rujukan
Pengurusan dan seluruh warga kerja ECERDC komited sepenuhnya untuk mengekalkan rekod sifar rasuah sejak penubuhannya pada tahun 2008.
Bagi menyokong usaha mengekalkan prinsip ini, ECERDC mengalu-alukan penyertaan semua pihak untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan perlakuan rasuah, termasuk yang berpotensi atau disyaki sebagai rasuah, melalui emel ke whistleblower@ecerdc.com.my.
Maklumat juga boleh dihantar secara bertulis ke alamat berikut:
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)
Aras 3, Menara PjH
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak
Presin 2, 62100 Putrajaya
Perhatian: Ketua, Unit Integriti dan Governans
Semua maklumat yang diterima akan dikendalikan secara peribadi dan dirahsiakan sepenuhnya. Pemberi maklumat akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
