[dynamic_page_shortcordx class="dynamic_page_sidebar" exclude="" aorder="true"]

Taman Perindustrian Tematik

Strategi ECERDC dalam membangunkan taman perindustrian tematik bertujuan merangsang pertumbuhan sektor pembuatan dengan memberi tumpuan kepada sektor utama yang dikenal pasti sebagai pemacu perubahan ekonomi wilayah.

Bagi menyokong pelabur serta memudahkan penubuhan projek, sebanyak sembilan taman perindustrian bertema telah dibangunkan oleh ECERDC di seluruh wilayah. Taman-taman perindustrian bersepadu ini dilengkapi dengan infrastruktur asas, perkhidmatan bersama serta penyelenggaraan yang menyeluruh bagi membolehkan pelabur memulakan operasi dengan lebih pantas dan cekap.