Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008 [Akta 688] telah diwartakan pada 25 Februari 2008.
Susulan penguatkuasaan akta ini, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah ditubuhkan pada 13 Jun 2008 sebagai sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Akta 688, dengan matlamat utama untuk memastikan pembangunan wilayah yang seimbang di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), sekali gus meningkatkan kualiti hidup rakyat di wilayah ini.
ECERDC merupakan agensi peneraju Kerajaan yang diberi mandat untuk menetapkan hala tuju, dasar dan strategi pembangunan sosioekonomi ECER. Selain mempromosi serta memudah cara pelaburan ke wilayah ini, ECERDC turut bertanggungjawab melaksanakan pelbagai projek strategik dan program pembangunan modal insan yang inklusif, di samping memastikan aset semula jadi dan alam sekitar ECER dilindungi serta dipulihara.
Klik pautan di bawah untuk memuat turun Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008 [Akta 688].
