Taman Teknologi Pahang (PTP) diposisikan sebagai Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ECER yang menerajui pembangunan industri ICT di Wilayah ECER serta berperanan sebagai pintu masuk digital ke rantau Asia Pasifik.
Taman teknologi ini mempunyai dua komponen utama, iaitu Pusat Siber (Cybercentre) dan taman perindustrian. Pusat Siber akan memberi tumpuan kepada Internet Kebendaan (Internet of Things - IoT), manakala taman perindustrian akan memberi tumpuan kepada jenis industri berikut:
- Tenaga Boleh Baharu
- Robotik
- Bioteknologi
- Peranti Perubatan (Jenis 1)
- Perisian
- Teknologi lain yang berkaitan dengan pembuatan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai taman ini atau berminat untuk memulakan operasi di sini, sila hubungi:
Pengurus Besar, Pengurusan Pelabur
Aras 3, Menara PjH
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak
Presint 2
62100 Putrajaya
Tel: +603 8885 0038
