Taman Biopolimer Kerteh (KBP) seluas 178 hektar merupakan hab bioekonomi bersepadu sepenuhnya bagi pembangunan produk biopolimer dan bahan kimia berasaskan bio di Kertih, Terengganu. Dibangunkan berasaskan konsep sedia guna, taman ini membolehkan pelabur memulakan operasi dengan lebih cepat dan cekap. Ruang yang luas turut disediakan bagi menyokong potensi pertumbuhan dan peluasan pada masa hadapan.
Pelabur yang beroperasi di KBP menikmati kelebihan logistik yang ketara dengan akses kepada sumber bahan mentah daripada beberapa syarikat petrokimia terkemuka dunia yang beroperasi berdekatan di Kompleks Petrokimia Bersepadu Kertih, Terengganu.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai taman ini atau berminat untuk memulakan operasi di sini, sila hubungi:
Pengurus Besar, Pengurusan Pelabur
Aras 3, Menara PjH
No.2, Jalan Tun Abdul Razak
Presint 2
62100, Putrajaya
Tel: +603 8885 0038