[dynamic_page_shortcordx class="dynamic_page_sidebar" exclude="" aorder="true"]

WAWASAN PEMBANGUNAN ECER

PELAN PEMBANGUNAN ECER 2026 hingga 2030

Pelan Pembangunan ECER 2026 hingga 2030 menggariskan hala tuju Wilayah bagi mencapai pertumbuhan mampan, disokong oleh 24 projek berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke 13. Strategi ini dipacu oleh empat teras utama, iaitu Bakul Makanan, Mencipta Destinasi, Pembuatan bagi Sektor Hard-to-Abate dan Industri Maritim, dengan sokongan tenaga boleh baharu serta rangkaian logistik.

Pelan ini menekankan kerjasama erat antara kerajaan, industri dan komuniti bagi memperkukuh daya saing serta ketahanan ekonomi ECER.

Pelan Induk ECER 2.0: Lonjakan Seterusnya 2018-2025 (EMP 2.)

PELAN INDUK ECER 2.0 2018 hingga 2025

EMP 2.0 memandu pembangunan ECER dari tahun 2018 hingga 2025 melalui rangka kerja strategik yang meletakkan Wilayah ini sebagai Gerbang ke ASEAN dan Asia Pasifik. Pelan ini menumpukan kepada pelaksanaan projek berimpak tinggi, penerokaan peluang Revolusi Industri 4.0 serta program pembangunan berteraskan rakyat bagi meningkatkan nilai rantaian ekonomi Wilayah.

Menjelang tahun 2025, EMP 2.0 telah memperkukuh ekosistem pelaburan ECER, mempercepat penerimaan teknologi serta memperkasa pembangunan bakat, sekali gus menyokong transformasi Wilayah menjadi koridor ekonomi yang berdaya saing dan dipacu inovasi.

Hasil Pencapaian

Prestasi Sosioekonomi

KDNK Sebenar
RM 90 Bil

Pelaburan Swasta

Direalisasikan
RM 90 Bil

Pekerjaan Dicipta

Pekerjaan
80000

Sokongan Keusahawanan

Usahawan
90

PELAN INDUK ECER 1.0 2008 hingga 2017

EMP 1.0 2008 hingga 2017 meletakkan asas kepada transformasi ECER dengan menumpukan kepada pembangunan infrastruktur strategik, penglibatan sektor swasta serta pembangunan modal insan. Menjelang tahun 2017, pelan ini berjaya mempercepat pertumbuhan ekonomi Wilayah serta mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan antara kawasan.

ECER Master Plan 2008-2017 (EMP 1.0)

Hasil Pencapaian

Prestasi Sosioekonomi

KDNK Sebenar
RM 90 Bil

Pelaburan Swasta

Direalisasikan
RM 90 Bil

Pekerjaan Dicipta

Pekerjaan
90

Sokongan Keusahawanan

Usahawan
90